Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) adalah
penjenamaan semula Amalan 5S yang diperkenalkan oleh Unit
Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia
(MAMPU) pada Januari 2014. EKSA yang diperkenalkan ini
bukan bertujuan untuk menggantikan konsep Amalan 5S yang
telah sedia ada diamalkan, sebaliknya menambah baik elemen
5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan
persekitaran kerja yang kondusif.